SENARAI PROGRAM AFFILIATE DROPSHIP YANG MENGUNTUNGKAN

September 01, 2016

Sebelum abam bercerita lanjut tentang program affiliate ini, abam ingin jelaskan apa itu maksud affiliate  itu terlebih dahulu. Merujuk kepada pembacaan dan kepahaman abam, "Affiliate" bermaksud ''Agen pemasaran atau orang tengah yang membantu untuk mempromosikan sesuatu produk pihak lain di mana ajen akan di bayar komisen seperti syarat-syarat yang telah ditetapkan''. Macam terjemahan kamus dewan bahasa je..  Ecece.. abam pantun kan ni.

So, tugas penting seorang ahli affiliate adalah untuk mempromosikan dan memasarkan produk melalui link Affiliate khas samada berbentuk banner, text dan email links yang diberikan oleh pihak syarikat. Affiliate merupakan salah satu jenis atau program bisnes online yang jika di buat bersungguh-sungguh dengan teknik yang betul mampu menghasilkan pulangan yang lumayan. Ianya juga alternatif kepada tuan punya yang biasanya hanya menumpukan pengiklanan banner melalui Nuffnang, Komli, Google Adsense, Innity dan sebagainya.

Untuk blogger korang semua pasti dah mahir bab-bab ini kan? sebab masing-masing ada blog yang promosikan iklan nuffnang dan kalau blogger yang power or super power pasti ada Innity. Blog cikai cam abam hanya mampu buat Nuffnang je, tu pun sekadar untuk cantikan blog ja. Nampak cam pemes skit bila orang baca blog abam ada iklan.. kikikiki.

Selain itu, ada lagi yang lagi power dari semua tu, disini abam nak kongsikan dengan adik-adik yang mana masih belajar di unibersiti tu, rajin-rajinla buat bisnes naa.. jangan harapkan duit PTPTN ja, pasti korang kering kontang bila sampai hujung sem. Backup plan, baca ni.. abam ada caranya..
Ecece.. cam orang pro je abam kan? Itu pengalaman abam dik.. kebulur di hujung-hujung semester.

Baiklah, sebelum abam melalut dan mengarut dengan lebih mengarut, disini abam nak kongsikan senarai program affiliate dropship yang menguntungkan dan bermodalkan yang ciput sahaja,

abam ambik di google je..

Merupakan platform terbaik dan dipercayai oleh rakyat Malaysia bagi menjana wang online. Anda boleh mempromosikan pelbagai produk digital yang bermutu dan perolehi komisyen sebanyak 70% bagi setiap jualan yang terhasil. Masuk ke web klikjer dan korang daftarla sebagai agent affiliate. Senang ja.


Yang ini, masa mula-mula kenal dunia blogging memang power la.. boleh nak buat duit saku. Tapi sayang... kehadiran kekasih lama mu.. (ooppss tenyanyi lagu saleem pulak). Tapi sayang program Ashadee ini telah ditutup pada Disember 2015. 




Lazada memang akan bagi banyak benda pada blogger bila tiba time raya. Hehe.. dan abam selalu juga shooping sini, pakai jari je semua boleh sekarang ni. Lazada ini salah satu online shopping store yang terbesar di Malaysia ni, buat pengetahuan semua di dalam web itu ada 30 000 jenis produk yang tersedia. Korang pilih dan klik ja. 

Ok. Komisen jualan yang korang boleh dapat dari link Lazada ini adalah  dari 3 hingga 5%. Walaupun sikit, tapi berbaloi la. Bersyukur ye adik-adik..

Nak Sign-up jadi affiliate di Lazada ??? Klik je.




Korang cuba la try jadi agent affiliate Zalora, untung lebih kurang cam Lazada ja. Tapi di sini, abam dapat banyak barang-barang free.. kikikiki.. Itu rahsia abam dengan Zalora la, yang pasti abam bukan skandal dengan owner dia ok.

Sign-up affiliate di Zalora. Klik je.


Ini merupakan laman web program affiliate yang terbaru dan masih dalam pembikinan. Sebab ini Brace Beaute abam yang punya la. Korang boleh join dan buat marketing sahaja. Segala urusan simpan stok dan postage pihak HQ akan uruskan. Keuntungan jualan atas 1 produk, abam bagi rm40-rm80. Besar kan? Dalam sebelum korang dah boleh dapat RM1500-RM3000. Cukupla untuk adik-adik, budak-budak mana boleh pegang duit banyak-banyak.

Disebabkan abam paham dengan kesusahan korang masa study dan abam pernah susah jugak buat benda alah ini semua. Dahulu  abam menjual barang orang, dan sekarang abam nak jual produk-produk kecantikan dan kesihatan abam sendiri la, untuk bantu adik-adik yang makan tak cukup di hujung-hujung semester.

Untuk join pogram affiliate Brace Beaute ini, korang boleh wasap abam 0111 684 0717 for fast respond. Untuk pembaca blog abam ja ni.. kikiki

Ok. Cukupla untuk hari ini. Sebenarnya banyak lagi lagi laman web yang menawarkan program affiliate ini, cuma di sini abam senaraikan yang mudah dan korang boleh jual tanpa perlu modal yang besar. Korang boleh juga rujuk JOB DI RUMAH, SWEET MUSLIMAH, EXABYTES.COM, ENSOGO MALAYSIA dan banyak lagi la.. nak senang tanya je pakcik google korang.



1 ulasan:

Terima Kasih :D

Dikuasakan oleh Blogger.