+60 111-684 0717 BLOG PENULISAN ZUL FATTAH

Ahad, 31 Julai 2016

Rezeki Bersama Freely Face Serum

Setelah hampir 2 bulan turut seta dalam pogram MVM Apprentice 2016. Akhirnya Freely Face Serum dinobatkan sebagai juara dengan mengalahkan Pore Shrink Serum, Voopy Shape Serum dan Hair Crown Serum.

Team Brace Beaute

Team Brace Beaute yang telah diberikan tangungjawab untuk memperkenalkan Freey Face Serum kepada pasaran Malaysia. Alhamdulillah rezeki bersama kami. Setelah dinobatkan sebagai Team Terbaik, Jualan Terbanyak, dan aku pula terpilih sebagai peserta terbaik keseluruhan. Siyesly aku memang tak layak untuk hadiah tersebut sebab tanpa team yg ada bersama dalam Brace Beaute, mana mungkin aku akan dapat semua ini.

Freely Face Serum

Ikuti perjalanan aku bersama team Brace Beaute dalam meneruskan perjuangan memasarkan Freely Face Serum. 

500 unit produk FFS perlu dihabiskan dalam masa 2 bulan. siyesly sale yg mampu dbuat hanya dalam 2 minggu, sebab ramai yg busy dengan persiapan raya dan bercuti di kampung.


Ini Puan Shida, merupakan salah seorang big bos dalam MOHA GROUP yang menjadi penaja utama dalam pogram MVM Apprentice 2016.

Untuk minggu pertama dalam pogram ini, kami semua diajar tetang teknik Zero Cost Marketing. Semua peserta yang join pogram ini akan diajar untuk menjadi pengasas produk kecantikan. Semua ilmu tentang asas asas perniagaan dan pengurusan syarikat turut di ajar dan ianya memang sesuatu yg sangat bernilai dan tak akan dilupakan dalam hidup aku.

Sememangnya offline punya cara adalah terbaik bohhhh... Excited gile sebab kami semua dapat buka booth dalam Mood Republic 2016 di PWTC. NON STOP 3 hari 2 malam bak hang.. memang memenatkan, mencabar tenaga dan minda sebab sianghari berpuasa dan malam hari nak teraweh lagi. Manusia memang tak putus-putus walaupun dah pkul 4 @ 5 pagi still ada orang yang datang. 

Mengantuk, penat, kering tekak, demam dan macam2 lagi yang kami rasa. So, enjoy pic di bawah ni, Inilah wajah2 pengguna Freely Face Serum.



sempat lagi snap dengan Nealofa.. terkejut dia bila kami wefie..


























Setelah bercuti hampir 2 minggu, dan menunggu tarikh2 akhir iaitu 18 hb 7 iaitu hari Graduasi MVM Apprentice 2016. Di sini debaran terasa dan kian terasa menunggu saat2 akhir. Alhamdulillah. Rezeki bersama team Freely Face Serum.


Disini aku ingin mengucapkan sekali lagi kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program MVM Apprentice iaitu pihah Muslim Volunteer Malaysia dan Moha Group selaku penaja utama. Aku harap pogram seperti ini dapat diteruskan lagi untuk tahun-tahun hadapan.



No comments

KISAH BERKENAAN SEORANG ABANG DAN SEORANG ADIK.


Kedua-duanya adalah anak yatim lagi miskin. Mereka tinggal di rumah pusaka tinggalan ibu bapa mereka. Kedua ibu bapa mereka adalah hamba ALLAH yang soleh. Kedua-dua anak dididik untuk bergantung harap dengan Allah SWT.

Si abang, saban hari berdoa agar ALLAH mengubah nasib hidupnya. Dia meminta kepada ALLAH agar dipertemukan dengan isteri yang cantik lagi kaya. Dia meminta kepada ALLAH agar dirinya kaya raya.

Si Adik pula, seorang yang buta huruf. Tidak seperti abangnya, dia membaca doa pun dengan melihat kertas. Sebelum bapanya mati, dia pernah meminta bapanya menulis sesuatu di atas kertas, dan kertas itu sering dipegangnya setiap kali berdoa.

Akhirnya, Allah mempertemukan seorang perempuan yang cantik lagi kaya dengannya. Perempuan itu jatuh hati kepadanya, lantas berkahwin. Si Abang seperti mendapat durian runtuh dan kehidupannya terus berubah. Dia keluar dari rumah pusaka, dan meninggalkan adiknya.

Si Abang akhirnya kaya raya, malah terus kaya apabila dia memasuki medan bisnes. Dia sudah mula alpa dengan ALLAH, melewat-lewatkan solah, jarang membaca Al-Quran, tapi tidak pernah lalai untuk meminta kekayaan daripada ALLAH. Kalau masuk dalam bab perniagaan, kekayaan dunia, maka berbondong-bondong doanya kepada ALLAH. Dan ajaibnya, Allah beri apa yang dia minta. Si abang rasa dia istimewa.

Si adik pula, hidupnya tidak berubah. Dia masih seorang sederhana, dengan kelemahannya sebagai seorang buta huruf, dia hannya mendapat kerjaya sederhana, terus menjaga rumah pusaka. Si adik, juga rajin berdoa. Si abang tahu, si adik rajin berdoa. Tapi Si Abang melihat, hidup adiknya tidak berubah-ubah. Lantas satu hari, ketika Si Abang menziarahi adiknya, Si Abang berkata dengan sombong:

“Kau kena berdoa kuat lagi. Tengok aku, berdoa je ALLAH makbulkan. Kau ni tak cukup hampir dengan Allah ni. Berdoa pun masih tengok-tengok kertas. Tak cukup hebat.”

Si Adik tersenyum sahaja. Suka abangnya menegur kerana padanya, teguran abang amat bermakna.
Si Adik terus hidup sederhana, di dalam rumah pusaka, dengan doa melihat kertas saban hari, dan kehidupannya tetap tidak berubah. Tidak menjadi kaya seperti abang.

Satu hari, Si Adik meninggal dunia. Ketika Si Abang mengemas-kemas rumah pusaka, dia berjumpa satu kertas. Kertas itu adalah kertas yang adiknya sering pegang ketika berdoa.

Si Abang menangis teresak-esak apabila membaca kertas kecil itu.

Kertas itu tertulis: “ Ya Allah, makbulkan lah segala doa abang aku”

MasyaALLAH

Si Abang mula membandingkan dirinya dengan adiknya. Adiknya kekal taat kepada ALLAH dan tidak meringan-ringankan urusannya dengan ALLAH SWT. Adiknya, sedikit pun tidak meminta dunia kepada ALLAH, malah tidak meminta apa-apa untuk dirinya. Tetapi adiknya meminta agar segala doa Si Abang dimakbulkan. Si Abang, tidak pernah sedikit pun mendoakan Si Adik.

Si Abang mula nampak, rupanya, bukan doa dia yang makbul. Tetapi doa adiknya telah diterima oleh ALLAH SWT, lantas segala doanya menjadi makbul.

Kadang-kadang kita, bila Allah realisasikan hajat kita, kita suka mengimbau usaha-usaha kita.

“Aku buat beginilah yang jadi begini.”
“Doa aku makbul seh!”
“Aku ni memang Allah sayang. Tengok, semua benda Allah bagi. Aku minta je pun.”
Tanpa sedar kita bongkak. Takabbur.

Sedangkan, kita tak tahu, mungkin yang makbul itu adalah doa ibu bapa kita, doa adik beradik kita, doa sahabat-sahabat kita. Bukannya doa kita.
No comments

Selasa, 19 Julai 2016

Rezeki Allah Nak Bagi .

Alhamdulillah ...
Rezeki Allah nak bagi..

Nantikan next produk terbaru keluaran Brace Beaute dgan tajaan penuh oleh Moha Group

No comments

Rabu, 29 Jun 2016

REZEKI AKU, ALLAH YANG TENTUKAN. BUKAN ENGKAU WAHAI MANUSIA.

“Aku melihat hidup orang lain begitu nikmat, Rupanya dia menutup kekurangannya tanpa perlu berkeluh kesah.

Aku melihat hidup teman-temanku tak ada duka dan kepedihan, Rupanya dia pandai menutup dukanya dengan bersyukur dan redha.

Aku melihat hidup saudaraku tenang tanpa ujian, Rupanya dia begitu menikmati badai hujan dlm kehidupannya.

Aku melihat hidup sahabatku begitu sempurna, Rupanya dia berbahagia dengan apa yang dia ada.

Aku melihat hidup jiran tetanggaku sangat beruntung, Ternyata dia selalu tunduk pada Allah untuk bergantung.

Setiap hari aku belajar memahami dan mengamati setiap hidup orang yang aku temui.

Ternyata aku yang kurang mensyukuri nikmat Allah.
Bahawa di satu sudut dunia lain masih ada yang belum beruntung memiliki apa yang aku ada saat ini.

Dan satu hal yang aku ketahui, bahawa Allah tak pernah mengurangkan ketetapan-Nya. Hanya akulah yang masih saja mengkufuri nikmat suratan takdir Ilahi.

Maka aku merasa tidak perlu iri hati dengan rezeki orang lain.

Mungkin aku tak tahu dimana rezekiku. Tapi rezekiku tahu dimana diriku berada.

Dari lautan biru, bumi dan gunung, Allah telah memerintahkannya menuju kepadaku.

Allah menjamin rezekiku, sejak aku dalam kandungan ibuku lagi.

Amatlah keliru bila bertawakkal rezeki dimaknai dari hasil bekerja.
Kerana bekerja adalah ibadah, sedang rezeki itu urusan-Nya.

Melalaikan kebenaran dan gelisah dengan apa yang dijamin-Nya, adalah kekeliruan berganda.

Manusia membanting tulang, demi angka simpanan gaji, yang mungkin esok akan ditinggal mati.

Mereka lupa bahawa hakikat rezeki bukan apa yang tertulis dalam angka, tapi apa yang telah dinikmatinya.

Rezeki tak selalu terletak pada pekerjaan kita, Allah menaruh sekehendak-Nya.

Ikhtiar itu perbuatan. Rezeki itu kejutan. Dan yang tidak boleh dilupakan, setiap hakikat rezeki akan ditanya kelak, “Dari mana dan digunakan untuk apa" Kerana rezeki hanyalah “hak pakai”, bukan “hak milik”.

Halalnya dihisab dan haramnya diazab.

Maka, aku tidak boleh merasa iri pada rezeki orang lain.

Alhamdullillah dengan apa yang aku ada, Terima Kasih Tuhan walaupun kadangkala aku persoalkan KetentuanMu Allahu .”

#syukurselalu #zfs

No comments

Khamis, 28 April 2016

MEMPERKENALKAN HOMEBREWED BRACE POMADE OLEH ZUL FATTAH


try diri sendiri jadi model.



Alhamdulillah, setelah hampir 6 bulan berhenti kerja dan melibatkan diri dalam dunia perniagaan. Kini, saya cuba untuk memasuki dunia perniagaan secara trading dengan memperkenalkan pomade buatan sendiri di pasaran sekarang ini. Setelah hampir beberapa minggu berada di dalam market, sememangnya sangat memberansangkan, sudah hampir 5 dozen terjual. 


BRACE POMADE  ini, merupakan salah satu hasil pomade yang dibuat secara HOMEBREWED. Setakat ini, Brace Pomade cuma dikeluarkan berasaskan OILBASED. Untuk WATERBASED masih lagi dalam kajian dan mungkin akan siap bila bahan-bahan asas mengcukupi.


Buat pengetahuan semua, kandunagn utama Brace Pomade ini ialah BEESWAX, PETROLEUM, OLIVE OIL, CASTOR OIL,  FRAGRANCE (CHOCOLATE MILK).



brace pomade


Manfaat utama Brace Pomade ini ialah ;
  1. Merangsang pertumbuhan rambut 
  2. Melebatkan rambut
  3. Membantu rambut untuk lebih mudah diurus
  4. Memanjangkan dan menebalkan rambut secara semulajadi
  5. Melindungi rambut dari sinar matahari
  6. Mencegah kerosakan rambut
  7. Menguatkan akar rambut
  8. Mengatasi masalah kelemumur
  9. Merawat rambut kering dan mengilatkan rambut
  10. Menyihatkan kulit kepala
  11. Mengelakkan uban dan mengekalkan kehitaman rambut



Matlamat utama dalam perniagaan pomade ini adalah untuk menyebarluaskan kebaikan penggunaan Brace Pomade dalam kalangan masyarakat di Malaysia amnya. Diharap dengan adanya produk sendiri ini, akan dapat mengajar diri ini untuk lebih berdaya saing dan maju dalam bidang perniagaan dan networking.


Sekarang ini, tanggungjawab semakin bertambah untuk bahagikan masa yang sebaiknya antara perniagaan networking di Mekaray, Projek Sunnah dan sekarang produk Brace Pomade. Doakan saya dapat pergi lebih jauh dalam perniagaan ini.





No comments

Rabu, 20 April 2016

Semua Salah CEO..?



Bila kita memilih untuk memulakan bisnes sendiri dan menjadi CEO terhadap syarikat kita, kita perlu ambil segala tanggungjawab terhadap apa saja yang berlaku baik yang manis mahupun yang pahit.

Pernah banyak kali dalam sejarah, apa saja kesilapan yang terjadi disebabkan oleh orang lain, CEO perlu mengambil tanggungjawab. Jika staf menipu pelanggan, menceritakan yang buruk tentang syarikat, CEO juga yang perlu mengambil tanggungjawab walaupun CEO biasanya tak tahu apa yang berlaku dibelakangnya kerana setiap keputusan bukan lagi dibuat olehnya.

Perkara ini saya belajar dari CEO syarikat korporat yang pernah berpesan, sebaik sahaja kita memberi kuasa membuat keputusan kepada staf, kita perlu bertanggungjawab atas segala kerugian hasil daripada keputusan itu.

Flight Air Asia delay, orang akan nampak Tony Fernandes yang buat silap. Berita produk Qu Puteh mempunyai bahan kontroversi, orang akan nampak Dato Seri Vida yang membuat kesilapan itu. Jika masalah kotak tudung dari Bella Ammara, orang akan nampak  Belle yang tidak memberi perhatian pada bahagian production. Bila website Fashion Valet crash, orang akan amuk di page Vivy Yusof. Lebih memburukkan keadaan apabila CEO membuat personal branding.

Adakah anda bersedia untuk menerima kecaman, tohmahan, hinaan, makian, walaupun kesalahan tersebut tidak dilakukan oleh anda directly? Walaupun anda dah pun melatih dan meletakkan SOP yang tepat untuk organisasi anda?

Jika hati anda cukup kering, minda anda cukup kental, dan dah bersedia untuk menerima yang buruk-buruk, anda sudah bersedia untuk menjadi seorang usahawan. Jika tidak, lebih baik anda jual barang sendiri-sendiri dan tak perlu hire staf untuk menjalankan bisnes anda. 

Credit @jootawan
No comments